Artikel

Penginapan Kontena atau kabin kini semakin menarik dan setanding dengan hotel bertaraf 3 ke 4 bintang. Terasa kelainannya apabila dapat menginap di hotel kabin semasa bercuti sama ada secara backpakers solo atau bersama keluarga dan rakan-rakan. Jika anda ingin merasai pengalaman bermalam dalam hotel kabin, ini antara penginapan kabin yang menarik yang membuatkan anda terpegun.

Kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih........ Mungkin sesetengah orang akan berpandangan negatif apabila bercakap mengenai rumah kontena. Tak cantiklah, tak moden dan tak ‘up to standard’ katanya.Namun,kami kagum melihat bagaimana Muhammad Azree tekad untuk membina rumah kontenanya sendiri demi mengelak terikat dengan hutang selama 30 tahun.